Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soi Lek selar Donald yang 'pelupa'
Diterbitkan:  Jun 13, 2013 5:43 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata, naib presidennya Datuk Donald Lim nampaknya lupa bahawa beliau pernah menyokong keputusan parti untuk menolak lantikan ke jawatan kerajaan.

Dalam kenyataannya yang bernada keras hari ini, Chua berkata, Lim menjadi hadir pada mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat jawatankuasa pusat yang merestui keputusan itu.

"Untuk rekod, Lim hadir kesemua mesyuarat yang disebut walaupun beliau selalu lambat dan pulang awal sebelum mesyuarat tamat," katanya.

Chua mencadangkan bahawa Lim mungkin "lupa" bahawa beliau antara terlibat ketika resolusi menolak semua jawatan kerajaan itu diluluskan.

"Jika ada keperluan, saya boleh dengan tanpa teragak-agak menyiarkan kesemua minit mesyuarat berkaitan, jadi dia boleh mengimbau kembali apa yang berlaku semasa mesyuarat itu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS