Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasat sampai 5 keturunan pemilik FB hina Nabi'
Diterbitkan:  Jun 14, 2013 5:09 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Satu gabungan tiga NGO hari ini menggesa polis menyiasat pemilik akaun Facebook dengan nama 'Programmer Calvin Gani' yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

NGO tersebut - Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API) - menyerahkan memorandum kepada polis di Bukit Aman berhubung perkara itu petang tadi.

NONE Pengerusi API, Datuk Seri Aziz Nani mahu polis menyiasat dengan teliti dan mengambil tindakan keras terhadap pemilik akaun itu.

"Kalau mengikut saya orang macam ini tak layak duduk di Malaysia kerana mereka boleh memporak perandakan Malaysia.

"Kita minta lima keturunan dia disiasat!

"Kita minta jangan dia pandai-pandai bercakap... kita bagi dia kerakyatan, hari ini dia bangkit bercakap bukan-bukan," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia 9 Jun lalu  melaporkan perkara itu dengan memetik gambar sebuah blog bernama Just Read bertarikh 5 Jun.

Memorandum yang diserahkan gabungan NGO berkenaan diterima DSP Venugopal dari Bahagian Perhubungan Awam, Bukit Aman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS