Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP sokong gesaan AirAsia siasat lonjakan kos KLIA2
Diterbitkan:  Jun 14, 2013 9:04 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

DAP menyokong cadangan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat secara khusus kelewatan dan kenaikan kos pembinaan terminal baru KLIA2 untuk penerbangan kos rendah.

NONE Mempersoalkan mengapa pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri

Hishammuddin Hussein "senyap seperti tikus" berhubung isu tersebut, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (kiri) menggesa menteri berkenaan supaya turut menyokong gesaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar semalam.

Aireen telah mencadangkan sebuah badan harus dibentuk, untuk menilai tiga perkara utama - kemajuan projek, tarikh siap dan jumlah kos.

NONE "Kecuali punca sebenar kelewatan itu dikenali, AirAsia berasa mungkin terdapat lebih banyak jari yang menuding (terhadap AirAsia atau kontraktor) yang tidak akan membantu apa-apa ke arah menyiapkan projek tersebut," Aireen dilaporkan berkata.

Gesaan itu dibuat selepas Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) pada awal Mei mengakui berlaku kelewatan dalam pembinaan terminal kontroversi itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS