Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang wanita yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini untuk memberi keterangan.

Wanita itu tiba di IPD tersebut pada pukul 1.15 tengah hari ditemani peguamnya.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama "Melissa Gooi" didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun fb itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS