Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selangor akan menyaksikan pilihan raya tempatan pertama sebelum penghujung tahun depan. Begitu ikrar exco kerajaan tempatan yang baru Datuk Teng Chang Khim.

Ini menjadi tarikh akhir yang ditetapkan untuk dirinya sendiri dan kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada rancangan lima tahun untuk memilih ahli majlis.

"Saya tetapkan tarikh akhir untuk pilihan raya pertama sebelum hujung tahun depan. Jika saya mampu melakukannya, saya mesti memberi jawapan pada masa itu. Ini tarikh yang disasarkan.

"Rang undang-undang sudah dirangka dan ia sepatutnya dibentangkan di dewan lebih setahun lalu, tetapi beberapa soalan berbangkit dan ditarik balik," kata Teng dalam wawancara dengan Malaysiakini Khamis lalu.

Teng yang bertindak sebagai speaker dalam penggal lalu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara yang termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS