Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP didesak tubuh badan khas siasat kematian Karuna

Ahli keluarga mendiang jurutera P Karuna Nithi, hari ini mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menubuhkan satu badan siasatan khas kerana mereka mengesyaki mangsa meninggal dunia akibat dipukul oleh anggota polis sewaktu dalam tahanan.

Desakan tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusuf di ibu pejabat polis Bukit Aman kira-kira jam 11.50 pagi ini.

NONE "Keluarga mendiang tidak berpuas hati dan mengesyaki mangsa meninggal dunia dipukul oleh anggota polis sewaktu dalam tahanan polis.

"Kenapa pihak keluarga mendiang masih tidak diberi sebarang penjelasan tentang apa yang berlaku yang mengakibatkan kematian P Karuna.

"Cadangan keluarga mendiang, menubuhkan satu badan siasatan khas Bukit Aman terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes kematian P Karuna untuk memastikan kebenaran," memorandum itu dipetik.

Pada 2 Jun lalu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dilapor berkata tiada unsur jenayah dalam kes kematian Karuna, 42, yang ditahan pada 27 Mei selepas didakwa menyerang isterinya dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun pada 14 Jun lalu, dalam laporan bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan mendiang mengalami 49 kecederaan.

Sebahagian besar kecederaan disebabkan oleh objek tumpul pada dada dan kaki, demikian menurut laporan yang disediakan oleh Perunding Forensik Hospital Tuanku Jaafar - Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al'Aidrus.

Selain memorandum, turut diserahkan laporan polis yang dibuat pada 4 Jun lalu di balai polis Tampin dan laporan bedah siasat yang disediakan oleh Perunding Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

Turut hadir ketika menyerahkan memorandum tersebu abang mangsa, P Elam Sezhian Ketua Biro Pengaduan PKR, S Manikavasagam serta dan empat buah NGO India.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut, Manikavasagam berkata keluarga mangsa akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Jumaat ini sebagai tindakan lanjut.

"Kita mahu minta satu inkuiri dijalankan berhubung kes kematian Karuna ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS