Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mahu pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd, menjelaskan falsafah rekabentuk bangunan tersebut, sambil menegaskan bahawa struktur 30 meter yang jatuh itu merupakan "rekabentuk yang luarbiasa".

NONE Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata hari ini MPPP akan melantik jurutera bebas sendiri untuk memeriksa perkara itu jika JKP tidak mengemukakan laporan tersebut.

The MPPP, kata Lim, telah mengeluarkan notis tujuh hari kepada JKP, di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976, untuk membaiki bangunan, membersihkan sisa runtuhan tersebut dan membersihkan sisa struktur yang boleh membahayakan bangunan-bangunan di Jalan Macalister dan pengguna jalan raya.

Notis itu juga mengkehendaki supaya struktur 25 meter di bahagian atas bangunan itu, yang merangkumi tangki air, disiasat kerana MPPP telah menerima aduan bahawa ia kelihatan senget.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Lim berkata terdapat bar konkrit dan keping keluli dalam kedudukan yang berbahaya yang mesti dialihkan segera.

MPPP juga, katanya, telah meminta pemilik bangunan itu supaya mengemukakan laporan keselamatan dan kestabilan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

Surat itu dikeluarkan semalam, dan juga dihantar kepada arkitek bangunan dan jurutera perunding.

"Kami memerlukan mereka menjelaskan apa yang berlaku dan untuk mengesahkan integriti struktur bangunan itu dalam aspek rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan."

Struktur yang jatuh itu mengorban dua orang dan mayat mangsa kedua, penjaja Lim Chin Aik yang terperangkap, tidak ditemui dalam lubang akibat runtuhan di mana keretanya ditemui selepas ribut kuat yang melanda Pulau Pinang pada 6 Jun.

NONE Sementara itu, Lim juga berkata bahawa beberapa ADUN telah

menyumbang bantuan kewangan berjumlah RM19,000 kepada keluarga Chin Aik itu.

Selain Lim, Timbalan Ketua Menteri I, Rashid Hasnon; Exco Kerajaan Negeri, Chow Kon Yeow (Padang Kota) dan ADUN Chow Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) dan Teh Lai Hing (Komtar) menghulurkan sumbangan tersebut.

Semalam, Lim menyerahkan RM3,000, sebagai sumbangan peribadinya kepada keluarga Wong Tze Chow, yang maut dihempap pokok dalam kejadian ribut tersebut.

Keluarga Wong, seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, turut menerima sumbangan RM10,000 daripada majikannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS