Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga tidak tahu siapa di sebalik 'Senarai Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' yang diterbitkan akhbar The Star semalam.
Beliau yang menduduki tempat keempat dalam senarai itu juga 'terkejut' apabila BERSIH yang diketuainya langsung tidak disebut dalam ringkasan pencapaiannya.
"Siapa saya hari ini sebahagian besarnya adalah kerana BERSIH," katanya sewaktu dihubungi.
Menduduki tempat teratas dalam senarai itu yang disiarkan semalam adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz menduduki tempat kedua dalam senarai itu.
