Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo anti-PTPTN: Pelajar diperintah bayar denda RM3,000
Diterbitkan:  Jun 20, 2013 1:54 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang pelajar kolej swasta yang mengambil bahagian dalam demonstrasi anti-PTPTN pada April tahun lepas supaya membayar denda RM3,000 berbanding denda RM1,000 dan penjara sebulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret sebelum ini.

Hakim Kamardin Hashim, yang mendengar rayuan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Umar Mohamad Azmi, 24, terhadap sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah rendah itu, bagaimanapun mengetepikan hukuman penjara terhadap perayu.

Pada 23 April tahun lepas, Umar didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Masran Mamat, 34, menjalankan tugasnya untuk menangkap seorang lelaki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur pada 8.05 pagi.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS