Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelabuhan Klang bahaya, S'gor sangat tak sihat
Diterbitkan:  Jun 25, 2013 10:09 AM
Dikemaskini: 7:15 AM

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Klang berada di paras bahaya dengan bacaan 487, sementara kualiti udara sangat tidak sihat seluruh Lembah Klang.

azlan Bacaan IPU Pelabuhan Klang itu semakin buruk berbanding 314 pada jam 3 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar melaporkan, sehingga jam 7 pagi, kualiti udara di di tempat-tempat lain di Selangor - Banting (292), Shah Alam (289), Kuala Selangor (242) dan Petaling Jaya (213) - merosot.

Perak juga hari ini menghampiri angka melebihi 300 di Seri Manjung (288).

IPU mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan manusia apabila melebihi angka 300.

[Baca berita penuh]

ADS