Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Segambut Lim Lip Eng berkata Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah hari ini soalan yang ingin dikemukakannya berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bercakap dalam sidang media di luar Dewan Rakyat, Lim setiausaha Parlimen itu menolak soalan tersebut yang didakwa bersifat "andaian".

Lim berkata, beliau ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan akan mengambil sebarang tindakan terhadap Abdul Taib yang dilapor "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM.

Penjelasan tersebut adalah berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarga Taib yang didedahkan oleh NGO Global Witness.

Ketua menteri Sarawak itu juga dilapor berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”.

[Baca berita penuh]

ADS