Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan pemilik tanah yang mendakwa terjejas dengan pembinaan menara 118 tingkat berhampiran Stadium Merdeka bertegas dengan bantahan mereka ke atas projek kontroversi tersebut, susulan satu notis yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Notis berkenaan menyatakan bahawa datuk bandar telah menerima permohonan merancang untuk meminda pelan projek menara mega tersebut, yang melibatkan perubahan penggunaan tanah dari status ruang terbuka dan institusi kepada komersial.

Notis berkenaan diumumkan di satu papan kenyataan berhampiran Stadium Merdeka dan empat akhbar dalam pelbagai bahasa antara 16 hingga 19 Jun, dan menetapkan tempoh 14 hari untuk pemilik tanah tersebut mengemukakan bantahan.

Dalam satu sidang media hari ini, pemilik tanah berkenaan bersama NGO Pertahankan Taman Merdeka Negara dan wakil pembangkang menyatakan kebimbangan mereka bahawa perkara itu akan membolehkan projek tersebut dijalankan.

Setiausaha agung Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor Yong Yew Wei berkata, arahan untuk memulakan projek tersebut akan diberikan sekiranya DBKL tidak menerima sebarang bantahan.

[Baca berita penuh]

ADS