Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB sasar rizab tunai meningkat RM1b setiap 7 tahun

Sumber rizab tunai kerajaan negeri Selangor telah meningkat kepada RM2.9 bilion berbanding Mei lalu kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tambahan sumber pendapatan itu merupakan hasil bukan cukai yang diperolehi oleh kerajaan negeri.

Jumlah rizab kerajaan negeri berjumlah RM2.8 bilion pada Mei lalu dan Khalid berkata beliau merancang untuk menambah sekurang-kurangnya RM1 bilion setiap tujuh tahun.

Justeru, kerajaan negeri akan melakukan pemotongan sebanyak 15 peratus daripada pendapatan kerajaan negeri bagi memastikan jumlah rizab bagi mencapai sasaran itu, katanya.

"Kita telah meminta bendahari negeri untuk memantau sekurang-kurangnya kita menyimpan tidak lebih daripada 20 peratus daripada pendapatan kita untuk kegunaan rizab.

"Sepatutnya kerajaan negeri mesti menggunakan dana yang didapati dan secara bajet berimbang, bererti menggunakan semua pendapatan untuk pembangunan dan operasi, tapi ada baiknya kalau kita simpan tidak lebih daripada 20 peratus.

"Tapi untuk masa depan kita telah nyatakan supaya dalam masa tujuh tahun, ia dapat menambah simpanan sebanyak RM1 bilion, bererti simpanan kurang daripada 15 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan oleh Lee Chin Cheh (PKR- Kajang) semasa persidangan DUN di Shah Alam hari ini.

ADS