Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tim menteri: PPSMI bukan untuk tingkat penguasaan BI

Usaha Timbalan Menteri Pelajaran I Datuk Mary Yap Kain Ching untuk menjelaskan objektif dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hari ini disambut dengan ejekan dan ahli dewan yang tidak berpuas hati dengan jawapannya.

Insiden itu bermula apabila bekas penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 itu mengakui bahawa PPSMI, yang diperkenal sejak 2003, tidak dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

"Objektif PPSMI bukan untuk meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris, tetapi objektifnya untuk mendapat maklumat dalam bidang Sains dan Matematik.

"PPSMI bukan salah satu cara untuk mempertingkatkan penguasaaan bahasa Inggeris. Tetapi untuk belajar Bahasa Inggeri dengan berkesan, ada banyak cara yang lain.

"Sebab itu kita ada inisiatif, (dasar) MBI (memperkukuhkan Bahasa Inggeris) di mana kita mempunyai banyak inisiatif  seperti satu sistem mentoring...," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Yang yang juga merupakan tokoh guru Sabah 2011 berkata demikian ketika menjawab soalan oleh Datuk Hasbullah Othman (BN-Gerik) berhubung kejayaan pelaksanaan dasar itu.

Bagaimanapun, belum sempat beliau melengkapkan jawapannya, terdapat ahli parlimen yang mencelah dan minta agar beliau menjawab soalan yang dikemukakan.

Berang dengan tindakan MP yang tidak dipastikan itu, Mary dengan nada tegas berkata: "Inilah saya punya jawapan".

Drama berkenaan tidak tamat di situ apabila seorang MP lain bangun dan mengejek bekas pengetua Sekolah Menengah Teknik Tawau itu dengan kata-kata: "Cikgu marah, cikgu marah...".

Kesal dengan sikap yang ditunjukkan wakil rakyat berkenaan, Yap kemudiannya, berkata beliau tidak perlu lagi memberi penjelasan.

Keadaan berkenaan kemudiannya ditenangkan Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menegur para MP yang mencelah ketika itu.

"Timbalan menteri yang menjawab soalan adalah mantan pengetua sekolah, yang punya pengalaman luas.

"Kalau Yang Berhormat belum pernah jadi guru, tolong jangan terlampau panjang (mencelah)," katanya.

Teguran tersebut bagaimanapun hanya disambut dengan ketawa kecil oleh beberapa orang ahli Dewan.

ADS