Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP syak kawasan Pakatan dapat peruntukan kurang
Diterbitkan:  Jul 3, 2013 5:43 PM
Dikemaskini: 11:37 PM

MP Seremban Anthony Loke berkata beliau mengesyaki bahawa dana pembangunan untuk 89 kerusi Parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat dipercayai dikurangkan di antara RM700,000 dan RM1 juta berbanding kerusi Parlimen BN.

Loke membuat kesimpulan itu berdasarkan jawapan bertulis parlimen dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Katanya, walaupun Najib tidak memberikan perincian, bilangan kerusi dengan peruntukan yang berkurangan sepadan dengan bilangan kerusi yang dikuasai Pakatan.

Jawapan bertulis itu menyatakan, 85 kerusi Parlimen Semenanjung diperuntukkan RM1 juta setiap satu dan 80 lagi diperuntukkan RM300,000 sahaja, katanya.

Namun, di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, 48 kerusi Parlimen diperuntukkan RM1.5 juta setiap satu dan sembilan lagi cuma diperuntukkan RM500,000 sahaja, kata Loke.

“Berdasarkan jawapannya, jelas ada perbezaan antara peruntukan untuk kerusi BN dan Pakatan.

"Mengapa terdapat diskriminasi dari segi jumlah peruntukan untuk kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan," dakwa Loke dalam kenyataannya.

[Baca berita penuh]

ADS