Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Pengislaman perlu persetujuan ibu bapa

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpegang kepada keputusan kabinet pada tahun 2009 yang tidak membenarkan pengislaman kanak-kanak di bawah umur secara sebelah pihak.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini, Nazri berkata pada pendapatnya pengislaman kanak-kanak di bawah umur hanya boleh dilakukan dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa.

"Perlembagaan perlu dibaca secara inklusif, bukan eksklusif, terutamanya apabila ia melibatkan agama," katanya ketika mengulas mengenai Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Beliau bagaimana pun enggan menyatakan sama ada beliau akan menyokong atau menolak rang undang-undang itu yang akan membenarkan pengislaman kanak-kanak dengan izin seorang ibu atau bapa sahaja.

"Tunggulah bacaan kedua," katanya ringkas.

[Baca berita penuh]

ADS