Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tebing runtuh: Azmin mahu pemaju Taman Sierra disiasat

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan Taman Sierra, Ukay Perdana hari ini mungkin berpunca dari tindakan pemaju yang tidak mematuhi garis panduan keselamatan.

Sehubungan itu, Azmin berkata, beliau meminta agar pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)  an Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.

"Saya minta CIDM dan JKKP untuk teruskan siasatan untuk melihat apakah garis panduan keselamatan pekerja di tapak pembinaan tidak dipatuhi oleh pihak pemaju.

"Sekiranya tidak dipatuhi, kita mahu pihak berkuasa ambil tindakan tegas pada mereka yang bertanggungjawab

"Mungkin garis panduan keselamatan dijalankan tak dipatuhi, kerana masa kerja penggalian itu ada 15 pekerja di bawah kawasan yang sedang ditebuk itu dan tanah itu runtuh dan timbus empat orang pekerja," katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata demikian kepada pemberita selepas sesi sidang DUN di Shah Alam hari ini.

Azmin mengulas kejadian yang menyebabkan tiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Taman Sierra, Ukay Perdana.

Laporan menyebut, individu yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.

Ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

ADS