Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesakit 'Boston Patients' tunjuk tanda sembuh HIV
Diterbitkan:  Jul 4, 2013 7:58 AM
Dikemaskini: Jul 4, 2013 12:12 AM

Dua pesakit HIV yang menjalani pemindahan sumsum tulang sebelum menyertai projek 'Boston Patients', telah ditangguhkan Terapi Antiretroviral (ART) buat masa ini selepas penyelidik

mendapati tiada virus HIV dalam se-sel darah mereka.

Saints utama projek berkenaan Dr Timothy Henrich dari Bahagian Penyakit Berjangkit, Hospital Wanita Brigham di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah menunjukkan tanda-tanda sembuh dan salah seorang daripada telah menghentikan terapi 15 minggu lepas manakala seorang lagi tujuh minggu lepas.

"Setakat ini, kita tidak dapat mengesan virus HIV dalam sel darah mereka. Berikutan itu, kami berpendapat ia adalah wajar untuk mengeluarkan pesakit berkenaan daripada rawatan ART.

"Kita berhenti di Kuala Lumpur untuk melihat apa yang berlaku nanti," katanya pada sidang media untuk mengemaskini pertemuannya pada Persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) Ketujuh Mengenai Patogenesis, Rawatan dan Pencegahan di Kuala Lumpur.

Kedua-dua lelaki berkenaan sudah lama menghidap jangkitan HIV dan menjalani pemindahan sumsum tulang masing-masing pada empat setengah dan tiga tahun lepas untuk mengubati penyakit leukemia.

Mereka mengikuti rawatan ART selama kira-kira 20 tahun dan meneruskan terapi itu selepas menjalani pemindahan sumsum tulang.

Dr Henrich, yang juga pengajar bidang perubatan di Sekolah Perubatan Harvard, berkata dadah terapi juga telah dapat melindungi sel-sel penderma daripada jangkitan.

Beliau berkata kedua-dua pesakit berkenaan kini masih menjalani pemantauan yang kerap dan penyelidik memperluaskan penemuan dengan memeriksa jumlah besar sel-sel, plasma dan tisu.

Walaupun bebas daripada virus HIV buat masa ini, katanya, kebimbangan utama adalah untuk meneruskan pemantauan bagi melihat sama ada kedua-dua pesakit itu menghadapi ulangan penyakit maut itu.

"Adakah virus itu menyerang semula? Berapa lama ia mengambil masa untuk kembali semula dan dari mana virus itu datang...kita tidak tahu," katanya.

Dr Henrich berkata strategi tersebut bukan untuk percubaan kerana ia adalah sangat berbahaya dan mahal.

"Ini bukan satu strategi yang praktikal untuk semua pesakit HIV kerana kadar kematian adalah lebih 20 peratus.

Beliau berkata pemeriksaan susulan yang lebih lama juga diperlukan untuk memahami jika pemindahan sel stem mudah terdedah kepada HIV.

Beliau berkata perkembangan terkini itu tidak menunjukkan kedua-kedua lelaki itu sudah sembuh daripada HIV tetapi menyatakan penyelidikan akan membuka jalan untuk lebih banyak kajian pada masa akan datang.

- Bernama

ADS