Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz berkata, tidak menjadi kesalahan jika bekas menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen menggunakan wang peruntukkan bagi kementerian itu untuk membuat lawatan ke luar negara.

Katanya, perkara itu menjadi tugas bagi seorang menteri untuk menggunakan wang peruntukkan dan bukan menyimpannya.

"Bukan kerja kita nak simpan duit. Itu wang yang diperuntukkan tiap-tiap tahun untuk kementerian itu. Bukan kita ambil dari kementerian pendidikan. Tapi itu wang peruntukkan sedia ada. Jadi tak salah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang dibangkitkan Anthony Loke (DAP- Seremban) dalam sesi perbahasan titah diraja di Parlimen hari ini.

ADS