Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata beliau tidak akan bertelagah dengan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung keputusan kabinet untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Katanya, apa yang penting adalah untuk menangani kebimbangan yang timbul berhubung Akta Hasutan.

“Saya rasa kami tidak mahu bertelagah, secara prinsipsny, kami bersetuju... Jika kita dalam menangani isu ini melakui Akta Harmoni Nasional, maka tiada masalah untuk mansuhkan Akta Hasutan.

“Apa yang penting adalah dua aspek ini dipenuhi – pertama ialah kebebasan terjamin dan kedua kestabilan negara dan isu sensitif ditangani,” katanya kepada Malaysiakini di bangunan Parlimen petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai tahun lalu berjanji untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Harmoni Nasional, namun beberapa menteri kabinet menentang usaha berkenaan selepas pilihan raya umum lalu.

[Baca berita penuh]

ADS