Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia ketinggalan dalam rundingan TPPA, dakwa MP

Malaysia ketinggalan di belakang banyak negara lain yang terbabit dalam rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dari segi mengadakan perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan domestik utama, dakwa seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang hari ini.

NONE MP Klang dari DAP, Charles Santiago (kiri) berkata, ini adalah antara

pendedahan utama yang diperolehi daripada mesyuarat dua jam mengenai rundingan TPPA dengan wakil bahagian ekonomi lima negara anggota lain dengan pihak-pihak berkepentingan di Malaysia.

"Pada skala satu hingga 10, saya rasa kita boleh katakan tahap perundingan kita (Malaysia) adalah sifar," kata Santiago selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang turut dihadiri beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain serta wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang mengendalikan rundingan berkenaan.

Menurutnya, ini kerana pihak berkepentingan utama seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), semuanya tidak dirujuk.

Beliau berkata, wakil semua pertubuhan yang turut menghadiri mesyuarat hari ini, memandang berat perkara itu.

NONE "Negara-negara lain mempunyai tahap perundingan yang sangat sangat tinggi dengan pihak-pihak berkepentingan. Komuniti perniagaan mereka dimaklumkan selepas setiap pusingan rundingan diadakan," kata Santiago.

Satu contoh yang diberikan mengenai kerahsiaan kerajaan Malaysia dalam rundingan itu termasuk MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (kanan) diminta menandatangani sumpah menyimpan rahsia walaupun dibenarkan untuk membaca Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) mengenai Malaysia menandatangani TPPA.

[Baca berita penuh]

ADS