Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat AG saran JAWI 'gugur tuduhan' ke atas Nik Raina

Pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz terpaksa mempertahankan diri atas tuduhan menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta karya Irshad Manji sejak setahun lalu.

Namun, ia bakal berakhir apabila Pejabat Peguam Negara menyarankan agar ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengugurkan tuduhan ke atasnya.

Ketua pegawai operasi Borders Yau Su Peng mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau juga mengarahkan peguam syarikat tersebut untuk mendapatkan tarikh bagi Mahkamah Tinggi Syariah menarik balik dakwaan tersebut secara rasmi.

Katanya, tidak adil bagi Nik Raina sekiranya keputusan tersebut ditangguh.

“Kami berterima kasih pada penasihat kanan undang-undang persekutuan kerana menasihatkan ketua pendakwa Syarie dan pengarah JAWI untuk menarik balik tuduhan. Ini adalah perkara yang paling munasabah dalam menegakkan undang-undang.

“Kami berharap, rahmat pada bulan Ramadan yang mulia ini boleh dirasai sebagai hadiah Hari Raya pada Nik Raina dan keluarga,” kata Yau.

[Baca berita penuh]

ADS