Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah perkhidmatan Intercity ke semua destinasi berikutan permintaan ramai sempena Aidilfitri.

Pengurus Kanan Pemasaran KTM Intercity Mohd Noordin Kimi berkata tiket tambahan bagi tren antara bandar itu akan dijual mulai 2 hingga 8 Ogos.

"Empat perkhidmatan tren tambahan akan beroperasi bagi perjalanan ke pantai timur dan utara tanah air pada setiap hari seawal 10 pagi dalam tempoh itu.    

"Kecenderungan warga kota membeli tiket di saat akhir juga menyebabkan pihak kami menyediakan perkhidmatan tren perjalanan KL Sentral-Ipoh dan Ipoh-KL Sentral pada setiap dua jam setiap hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya 21,700 tiket disediakan bagi perkhidmatan tren Intercity ke seluruh destinasi dan kira-kira 15,300 tiket telah dijual dari 6 hingga 15 Jun lepas.

Mohd Noordin berkata tiket Intercity juga akan dijual seminggu selepas Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

- Bernama

ADS