Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Alvin dan Vivian akan hadir di Bukit Aman
Diterbitkan:  Jul 17, 2013 3:39 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee akan hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis berhubung gambar yang mempersenda Ramadan di Facebook mereka.

    

K NONE etua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ( kiri ) berkata pasangan itu akan hadir bersama peguam mereka.

    

"Mereka hanya memaklumkan kepada polis untuk serah diri di Bukit Aman, namun cubaan anggota kami untuk menghubungi mereka gagal," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

    

Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan apabila memuat naik gambar sedang makan hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang

menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis.

    

- Bernama

ADS