Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki 26 tahun mati dalam tahanan di Batu Gajah

VIDEO | 1.10 mins

Seorang lelaki berusia 26-tahun, yang dikenali sebagai Chew Siang Giap, telah meninggal dunia dalam tahanan Jabatan Penjara di Batu Gajah, Perak.

Bapanya, Chew Ba berkata beliau menerima panggilan dari pusat pemulihan penjara Batu Gajah, yang memberitahunya tentang kematian anaknya itu pada jam 2.19 pagi 15 Julai.

Dalam laporan polisnya, Chew berkata, beliau tiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi hari tersebut untuk mengenal pasti anaknya dan mendapati ada "tanda-tanda" pada badannya.

Dalam laporan tersebut, Chew berkata, ketika mengenal pasti anaknya itu, beliau mendapati ada tanda-tanda hitam yang kelihatan seperti lebam pada telinga, bahu dan pahanya.

NONE Laporan polis itu diedarkan kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini

oleh ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar (kiri).

Chew, dalam laporan polis itu berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik apabila dipindahkan ke penjara Batu Gajah pada 12 Julai.

Sivakumar berkata, Siang Giap telah ditahan di dalam lokap di ibu pejabat polis kontinjen Kangar selama 60 hari sebelum dipindah ke situ.

Beliau berkata pemeriksaan bedah siasat masih dijalankan pada jam 11.40 pagi hari ini danpegawai penjara tidak memaklumkan kepada Chew bagaimana anaknya meninggal dunia.

"Kami meminta agar (pihak berkuasa melakukan) tidak menyembunyikan apa-apa," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS