Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini seperti rakan sejawatnya Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya telah menentu pendirian saya dengan jelas. Saya akan akan mempertahankan (jawatan).

"Kami bertiga (naib presiden sekarang) akan mempertahankan jawatan kami," katanya dalam sidang medianya Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut petang ini.

Seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Husein yang juga menteri pertahanan.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan "lebih besar" daripada itu, Zahid berkata:

"Tidak secara keseluruhan. Kami tidak membenarkan diri kami bergerak ke atas dan ke bawah," katanya sambil menambah mereka terbuka untuk berdepan persaingan bagi mempertahankannya.

Siapa lari mara mencabar?

Setakat ini masih belum jelas siapa lagi yang akan mencuba nasib bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, ada ahli politik yang menjangkakan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan diketengahkan ke jawatan itu.

Jika spekulasi itu benar, ia selagi gus dilihat bakal memberi laluan sukar kepada Zahid apabila Shafie daripada Sabah dan Hishammuddin - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat berkedudukan selesa.

Sementara itu, Shafie semalam mengumumkan akan mempertahankan jawatannya kerana merasakan masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

Shafie yakin sumbangannya sebagai menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah selama lima tahun berjaya meningkatkan prestasi kawasan itu.

Sementara itu, pihak lain yang dispekulasikan media ke jawatan itu termasuk, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Nama-nama lain antaranya, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Tan Sri Rahim Tamby Chik.

ADS