Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Masih tiada kata sepakat berhubung kontroversi hak intelektual melibatkan ubat-ubatan dalam rundingan pusingan ke-18 Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) di Kota Kinabalu.

Ketua perunding Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) berkata, rundingan masih berjalan.

"Kami masih ada sedikit kebimbangan terhadap cadangan semasa yang dibentangkan. Pendirian kita bagi mencari keseimbangan dan mengambil berat kebimbangan rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas berhubung kesimpulan yang dibuat hasil rundingan di Kota Kinabalu semalam, Jayasari enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu dan menegaskannya sebagai "sulit".

Bercakap sebaris dengan wakil daripada 11 negara di rundingan itu, Jayasari berkata, hak intelektual antara isu utama dalam rundingan itu.

Negara-negara yang berunding, termasuk Jepun yang baru menyertai dalam sesi rundingan kali ini, bersetuju untuk mencapai persetujuan sebelum penghujung tahun ini.

[Baca berita penuh]

ADS