Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan dua lagi rakan naib presiden akan bekerjasama rapat bagi mendepani cabaran pada pemilihan parti itu akan datang.

NONE Hal demikian itu timbul selepas beliau dan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam Umno.

"Sebagai naib presiden, dari dulu lagi, dan tiap-tiap tahun kerjasama antara saya dengan (Datuk Seri) Zahid dan (Datuk Seri) Shafie memang merupakan satu kerjasama yang rapat.

"Dan kalau itu merupakan satu kekuatan dan kelebihan dan itu membantu parti, saya kata ia boleh diteruskan," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur pagi ini.

NONE Beliau menjawab soalan pemberita sama ada ketiga-tiga naib presiden akan mewujudkan satu pakatan bagi berdepan cabaran pada pilihan parti Oktober depan.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga pemangku menteri pengangkutan menegaskan kerjasama ketiga-tiga mereka tidak bermakna mereka membentuk satu kumpulan dalam Umno.

"Jangan cuba kaitkan hubungan itu hanya dalam konteks pertandingan, kerana hubungan kami bertiga itu melebihi (satu) pakatan (atau) kerjasama untuk mengejar jawatan. Itu bukan cara kita.

"Kita tak ada satu pasukan. Pasukan kita, satu saja (iaitu) Umno," katanya yang juga menteri pertahanan.

[Baca berita penuh]

ADS