Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rumah pulih masih dalam senarai terbengkalai'
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 10:34 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Walaupun projek terbengkalai berjaya dipulihkan, masih terdapat yang belum dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai, sekali gus menyukarkan urusan jual beli, kata exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar Selangor.

Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri Selangor menerima aduan daripada pemaju penyelamat bahawa projek yang dipulihkan tidak dapat dijual kerana orang ramai gagal mendapat kelulusan pinjaman bank.

"Akibat dari itu pemaju menghadapi masalah untuk menjual unit-unit yang masih tidak terjual dan ini memberi kesan kepada keupayaan pemaju mendapatkan pembiayaan kewangan," kata Iskandar.

Sebagai contoh, kata Iskandar, projek rumah kos rendah di Subang yang 80 peratus dipulihkan tetapi gagal dikeluarkan daripada senarai terbengkalai, menyebabkan pinjaman bank 140 pembeli ditolak.

Dalam kenyataannya semalam, Iskandar juga berharap pertemuan antara kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membincangkan perkara itu dapat dilakukan.

Isu-isu lain berbangkit juga dicadang dibincangkan, termasuk masalah harga rumah yang semakin meningkat, pembinaan rumah mampu milik dan penyelenggaraan pembangunan berstrata.

"Pada penggal lepas pejabat ini telah dua kali menulis kepada menteri yang terlibat memohon pertemuan tetapi tidak pernah ada jawapan dari KPKT," kata Iskandar.

ADS