Peguam: Jakim tiada hak panggil jurulatih anjing

   

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya sebuah badan pentadbir dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memanggil jurulatih anjing Maznah Yusof atau "Chetz" tampil di hadapan mereka.

NONE Justeru itu, peguam kepada Maznah, N Surendran dan Latheefa Koya ( gambar kiri ) berkata, Maznah tidak tertakluk sama sekali dengan perintah badan itu.

"Kami seterusnya menegaskan, sebarang arahan oleh Jakim bagi memaksa Chetz hadir menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan," kata mereka dalam kenyataan semalam.

Jakim semalam dilaporkan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan lanjut diambil terhadap Maznah berhubung video hari raya kontroversinya bersama tiga ekor anjing.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepadanya.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In