Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bunga api RM80,000 dirampas di Kota Baharu
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 6:18 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kubor mematahkan penyeludupan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM80,000 di perairan Kuala Besar, Kota Baharu, awal hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata bahan itu ditemui dalam sebuah bot pancung pada 3 pagi selepas ditinggalkan penyeludup yang melarikan diri dengan sebuah bot lain.

"Bot pengawal APMM terserempak dengan dua bot pancung dan mengejar mereka sebelum satu daripadanya yang sarat dengan mercun dan bunga api ditinggalkan di perairan cetek Kuala Besar.

"Pemandu bot itu bagaimanapun meloloskan diri bersama sebuah lagi bot," katanya kepada pemberita di Tumpat hari ini.

Beliau berkata bot dan bahan yang dirampas itu akan diserahkan kepada pihak Kastam.

APMM, katanya, akan meningkatkan kawalan di sempadan perairan negara sepanjang musim perayaan bagi membantu pihak berkuasa mencegah aktiviti penyeludupan dan keselamatan negara.

- Bernama

ADS