Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perak pula pantau 5 lokasi Syiah di negeri itu
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 6:27 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) sedang memantau beberapa lokasi di negeri ini dipercayai mempunyai pengikut ajaran Syiah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPK Ahmad Nizam Amiruddin berkata antara lokasi yang dipantau ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Ipoh, Taiping dan Tanjung Malim.

"Kita akan ambil langkah awal supaya perkara ini tidak menjejaskan keharmonian negara khususnya di Perak," katanya kepada pemberita selepas operasi Ramadan di Ipoh hari ini.

Semalam, JAIPK menahan dan mendakwa dua individu termasuk seorang doktor wanita di Kamunting, Taiping kerana terlibat dengan fahaman dan ajaran Syiah serta merampas buku, cakera padat (CD) dan poster mengenai Syiah.

Ahmad Nizam berkata cara pengikut Syiah itu beroperasi masih belum dikenal pasti kerana mereka tidak bergerak secara terbuka, bagaimanapun perkembangan Syiah di Taiping masih dalam keadaan terkawal.

"Kita akan pantau bersama Kementerian Dalam Negeri dan polis berhubung isu Syiah ini," katanya sambil menjelaskan akan ada lagi tangkapan berhubung Syiah selepas ini.

- Bernama

ADS