Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Che Mat tamat kontrak, bos IKIM dilantik semula
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 6:55 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali tamat kontrak perkhidmatan hari ini.

Maanakala Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

NONE Che Mat berkhidmat dengan kerajaan kira-kira 35 tahun bermula sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan Islam di Jabatan Perdana Menteri pada 1978.

Beliau menyandang jawatan Pengarah Jawi sejak 23 Feb 2005 hingga sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata, urusan pemangkuan dan pengganti beliau sedang dalam perakuan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Bernama juga melaporkan pelantikan semula Nik Mustapha berkuat kuasa 2 Ogos 2013.

Ia penggal ketiga bagi Nik Mustapha, 60, yang mula dilantik sebagai ke jawatan itu pada 2 Ogos 2009.

Nik Mustapha yang berkelulusan dalam bidang ekonomi dan perniagaan dari University Ohio, Amerika Syarikat sudah berkhidmat di Ikim selama 20 tahun, bermula 1993 sebagai Fellow Kanan.

ADS