Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anifah yakin adiknya akan dapat sokongan padu
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 9:09 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menjelaskan "setiap orang dalam Umno berhak bertanding dalam pemilihan parti akan datang".

NONE Anifah ( kiri ) semalam dipetik sebagai berkata optimis bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah jika memutuskan bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Oktober ini.

"Saya percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, saya pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Sabah," Anifah dipetik berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di Kota Kinabalu.

Anifah, yang juga adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Sabtu bahawa Musa pilihan tepat untuk bertanding jawatan kanan itu.

Puad: Jawatan bukan tiket jadi MT

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, bekas timbalan menteri pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini turut menyatakan kesediaannya mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan parti.

NONE Biarpun tidak lagi menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan, ketua Umno Batu Pahat itu berkata, ia tidak menghalangnya untuk bertanding bagi jawatan tersebut, lapor Bernama

"Jawatan dalam kabinet bukanlah tiket penting untuk menjadi anggota MT dan tidak semestinya mereka ada jawatan sahaja layak untuk bertanding, yang penting kita berani, ada idea dan mempunyai pandangan alternatif untuk kita sampaikan kepada parti dan kerajaan.

"Saya hendak mempertahankannya bukan sebab hendak panaskan tempat duduk dalam MT tetapi saya mahu menjadi seorang MT yang mampu menyemarakkan nilai tinggi dan menjadi suara kepada akar umbi," kata Puad ( kanan ) kepada Bernama .

ADS