Lobi k'jaan S'gor, kata menteri pada pemilik flet

Kerajaan Persekutuan menggesa penduduk Dengkil yang kini tinggal dalam khemah kerana rumah pangsa yang didiami mereka mengalami keretakan, melobi kerajaan Selangor bagi mendapatkan tanah untuk rumah ganti.

NONEMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) berkata, kementerian tidak dapat meneruskan pembinaan rumah ganti ekoran masalah itu.

"Kepada penduduk yang terjejas (di Dengkil), saya mohon bantuan anda untuk selesaikan masalah ini.

"Penting untuk ada bekerjasama dengan kami dengan melobi kerajaan Selangor supaya ia menawarkan tanah alternatif," kata Rahman.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, menteri itu menegaskan, kerajaan Selangor tidak memberikan jawapan rasmi berhubung perkara itu, sekali gus menyebabkan ia tertangguh.

Ini menurutnya berlaku walaupun kerajaan Selangor sebelum ini berkata sedia memberikan tanah yang sesuai jika kerajaan pusat sanggup membina rumah gantian secara percuma.

Exco Selangor yang bertanggungjawab V Ganabatirao memberitahu Malaysiakini, setiausaha kerajaan negeri sudah menulis surat kepada kerajaan pusat bulan depan bagi memaklumkan kesediaan mereka menggantikan tanah untuk rumah pangsa yang retak itu.

Pada 11 Jun lalu, penduduk di Taman Permata dikejutkan oleh bunyi bising akibat keretakan bangunan kediaman mereka.

Sejak itu, mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang didirikan di kawasan berdekatan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.