Pameran seni tonjol isu kematian dalam tahanan

Satu pameran seni yang dipanggil 'Deadly Detention' diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keganasan dan hak asasi dalam tahanan.

Kes-kes kematian dalam tahanan baru-baru ini menjadi motivasi untuk mengadakan pameran itu di Pulau Pinang, anjuran "Malaysians for Beng Hock (MBH) " dan Suaram Pulau Pinang.

Ng Yap Hwa, daripada MBH berkata: "Kami berharap pameran itu akan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu ini, tentang kematian. Kami mahu menggalakkan perbincangan.."

Kumpulan itu berkata peningkatan jumlah mangsa kematian dalam tahanan tidak boleh diterima dan mendakwa kebanyakan pelakunya tidak dihukum.

Suaram telah berulangkali menggesa supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian tersebut, sambil menambah bahawa daripada 12 kes kematian dalam tahanan pada tahun ini, hanya satu kes di mana tangkapan dibuat.

Minggu lepas, selepas lebih sebulan didakwa "melarikan", Inspektor S Hare Krishnan merupakan anggota polis keempat yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh N Dhamendran, yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada 21 Mei.

Pameran hasil karya artis-artis tempatan itu yang menggabungkan imej mangsa, terbuka dari jam 1 pagi hingga 9 malam mulai hari ini hingga 18 Ogos, bertempat  di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) sempena Expo Buku Cina Antarabangsa Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.