KM tawar bantu polis Pulau Pinang banteras jenayah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangannya terhadap tiga insiden tembakan yang berlaku dalam masa sehari di negeri ini.

Beliau berkata semalam tiga kejadian berasingan yang berlaku pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang dan mungkin berkaitan dengan persaingan kumpulan kongsi gelap, menunjukkan "keadaan jenayah yang semakin buruk yang akan menimbulkan keraguan terhadap keselamatan awam".

Kejadian itu menyebabkan kematian seorang warga India berusia 37 tahun di Jalan Anson dan mencederakan seorang bouncer berusia 43 tahun, awal pagi ini di Jalan Dato' Keramat.

dap special meeting 110313 lim guan engLim (kiri) berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang
pagi ini dan telah diberi taklimat mengenai keadaan tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk mengekalkan rekod Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeri yang paling selamat di Malaysia.

Beliau berkata kerajaan negeri memahami kekurangan anggota dan sumber yang mungkin dihadapi polis di Pulau Pinang dalam usaha membanteras jenayah.

Atas sebab itu, Lim berkata, pihaknya bersedia menawarkan sumber-sumber kerajaan negeri kepada pihak polis untuk bersama-sama membanteras jenayah yang semakin meningkat.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.