Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perlawanan M'sia vs kelab Sepanyol pindah ke Shah Alam

Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pemindahan venue itu bagi perlawanan pada pukul 8.45 malam ini.     

Menurut akaun twitter kelab itu, @barcastuff perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Bukit Jalil.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana' memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.

- Bernama

ADS