Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCCBCHST mahu undang-undang dipinda di 5 negeri

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata badan itu akan meraih sokongan untuk melakukan pindaan perlembagaan di lima negeri berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak.

"Majlis ini akan berusaha untuk memastikan kesemua lima negeri melakukan pindaan untuk menjadikannya selari xdengan perlembagaan persekutuan," kata presiden MCCBCHST Jagir Singh di majlis makan malam ulang tahun ke-30 pada malam tadi.

Beliau merujuk kepada negeri yang membenarkan hanya seorang dari ibu atau bapa untuk memutuskan mengenai penukaran agama seorang anak bawah umur – melibatkan Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Jagir memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan bahawa langkah untuk tidak membenarkan kedua-dua ibu bapa membuat kpeutusan dalam isu penukaran agama itu bertentangan dengan prinsip keadilan.

Ia melibatkan kes M Indira Gandhi ke atas suaminya yang memeluk Islam dan menukar agama anak mereka bagi mendapat hak jagaan di Mahkamah Syariah.

Mahkamah memutuskan bahawa penukaran agama itu batal dan tidak sah dan memindahkan hak jagaan ke atas tiga anak tersebut ke atas Indira.

Isu berkenaan digariskan dala rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak, yang ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.

[Baca berita penuh]

ADS