Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuasa penahanan dipindah pada panel, kata menteri
Diterbitkan:  Aug 11, 2013 2:55 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kuasa menteri bawah ISA, Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat akan dipindahkan kepada satu panel mengikut undang-undang baru.

Langkah itu bagi mengelakkan salah guna kuasa, katanya yang menambah pembangkang bimbang perkara itu berlaku kerana undang-undang tersebut memberi kuasa kepada menteri dalam negeri untuk membuat penahanan.

Ahmad Zahid dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia berkata, undang-undang baru tersebut akan menyatakan bahawa kuasa akan diberikan kepada anggota panel dan tidak melibatkan ahli politik yang menjadi menteri.

Jelasnya, panel berkenaan boleh terdiri dari anggota profesional sama ada dari pasukan polis, hakim  atau pejabat peguam negara.

Setakat ini, Akta Hasutan masih berkuatkuasa, sebelum digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Tiga lagi undang-undang lain telah dimansuhkan – ISA digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) namun undang-undang lain tidak digantikan dengan peruntukan khusus.

Dalam wawancara itu, Ahmad Zahid berkata beberapa peruntukan baru mungkin diperkenalkan dalam Sosma untuk memperkukuh undang-undang tersebut.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan butiran lain berhubung pindaan berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS