Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Umno perlu generasi baru untuk kekal relevan

Mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan lebih ramai generasi baru menyertai dan menerajui parti itu bagi memastikannya kekal relevan.

mahathir mohamad raya open house serdang 180813 "Mereka perlu mengkaji semula diri mereka kerana parti semakin tua dan ramai pemimpin dalam parti itu telah berada di sana untuk tempoh yang lama.

"Orang muda tidak merasakan perkara itu menarik," katanya ketika ditanya berhubung keperluan Umno berubah untuk kekal relevan dalam sidang media di rumah terbukanya di Seri Kembangan, Serdang hari ini.

Beliau berkata lagi, selain pelbagai dakwaan seperti rasuah dalam parti, generasi muda juga dilihat tidak diberi peluang untuk menerajui parti.

Katanya, perkara itu menjadi masalah dalam Umno apabila sesetengah pihak tidak suka orang yang lebih pandai masuk ke dalam parti itu.

"Jadi masalah lagi, Umno tak suka orang yang lebih pandai dari pemimpin mereka masuk, (mereka) takut. Jadi orang yang berkredibeliti tak masuk Umno. Itu pasal ramai sekarang ini yang masuk PAS.

"Masa dulu, PAS kita ingat ustaz-ustaz sahaja. Sekarang ini, ada doktor, peguam, jurutera. Mereka tak masuk Umno. Sama juga dengan orang-orang yang berkaliber yang dah pencen. Sebab itu ada jeneral yang masuk parti lawan," katanya lagi.

Umno tubuh jawatankuasa aduan pemilihan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka sama berkata, setakat ini sebanyak 40 peratus parti itu telah bermesyuarat.

Selain itu, beliau juga berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bagi menerima segala aduan daripada cawangan berhubung masalah-masalah yang dihadapi mereka.

NONE "Memang kita ada terima aduan tentang masalah bila mana kad imbasan tak boleh digunakan, kad imbasan tak cukup dan sebagainya.

"Tapi ada satu jawatankuasa di ibu pejabat yang saya tubuhkan minggu lepas untuk menerima segala aduan dan masalah-masalah lain seperti korum tak mencukupi, ketidaksahihan dan sebagainya.

"Jadi jawatankuasa ini akan memaklumkan kepada perhubungan negeri tentang masalah itu," katanya.

ADS