Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM sekali lagi elak ulas isu lantik Shahrizat

Untuk dua hari berturut-turut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas ketika ditanya berhubung laporan pelantikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahzirat Jalil sebagai pegawai khasnya.

Beliau sebaliknya mengajukan persoalan kembali kepada pemberita yang mahu penjelasan berhubung perkara itu.

“Kenapa kamu berminat hendak tahu pasal beliau?” soalnya kembali semasa sidang media di rumah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Najib semalam memilih berdiam diri berhubung laporan yang menjangkakan Shahrizat akan dilantik sebagai penasihat khasnya dalam isu berkaitan wanita.

Katanya, tiada apa-apa pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada ketika itu.

[Baca berita penuh]

ADS