Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli perniagaan Tong Kooi Ong melalui syarikat pengendali portal beritanya FZ Sdn Bhd difahamkan telah mendapat satu lesen bersyarat daripada kerajaan untuk menerbitkan akhbar harian percuma, menurut sumber.

Difahamkan, Tong, yang turut memiliki The Edge Communications Sdn Bhd yang antara lainnya menerbitkan akhbar mingguan bisnes The Edge , akhbar harian The Edge Financial Daily dan majalah Personal Money , memohon lesen akhbar penerbitan akhbar umuum sejak 2008, dan kini berjaya mendapatkannya.

KiniBiz difahamkan bahawa lesen untuk akhbar umum itu dikenakan syarat, yang masih belum jelas pada masa ini.

“Pada mulanya ia dirancang untuk berlaku sebelum pilihan raya umum. Ia penantian yang panjang buat Tong dan The Edge (Communications), tapi akhirnya ia diperolehi... Hanya ada beberapa perkara – syarat – yang perlu dibereskan,” kata sumber.

Para pegawai eksekutif Tong, yang kini mentadbirkan jabatan akhbarnya, bagaimanapun mendakwa mereka tidak tahu bahawa FZ akan memperolehi lesen berkenaan tidak lama lagi.

KiniBiz masih belum berjaya mendapat komen dari ketua jabatan media Tong, Ho Kay Tat.

[Baca berita penuh]

ADS