Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menasihatkan rakan sejawatnya, P Waythamoorthy agar tidak bertindak melampau ketika mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.

Katanya, Waytha sepatutnya merujuk kepada mana-mana menteri yang bertanggungjawab sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.  

NONE "Saya pun ada banyak pandangan tapi sebagai timbalan menteri, buat cara timbalan menteri. Kalau nak buat lebih-lebih, tunggu jadi menteri.

"Kalau timbalan menteri nak jalankan tugas macam menteri, ia akan ganggu pelbagai proses," katanya dalam sidang media ketika menghadiri majlis rumah terbuka Biro Tatanegara (BTN) di ibu negara hari ini.

Sebelum ini Waythamoorthy mengeluarkan kenyataan yang tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Terdapat juga gesaan daripada menteri kanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang meminta agar Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri.

Sehubungan itu, Razali berkata lagi, setiap pandangan dan kenyataan perlu dibatasi memandangkan kedudukan mereka sebagai timbalan menteri.

Katanya, sekiranya seorang timbalan menteri meletakkan jawatan, perkara itu kedengaran "pelik" memandangkan tidak ada perkara yang boleh "diperjuangkan".

"Jika seseorang menteri itu memperjuangkan sesuatu dan gagal, maka menteri itu perlu letak jawatan. Tapi kalau timbalan menteri nak letak jawatan, pasal apa?

Bukan ada apa nak diperjuangkan pun. Kalau menteri letak jawatan adalah. Saya tak pernah dengar timbalan menteri letak jawatan.

"Sebab itu, kalau timbalan menteri buat cara timbalan. Saya ada banyak pandangan tapi prinsip nombor satu itu sangat mustahak. Semua orang ada pandangan tapi pandangan itu dibatasi dengan kedudukan kita," kata Razali lagi.

ADS