Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak harus persoal individu berani tanding pemilihan'

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata, tidak menjadi masalah kepada parti sekiranya ramai pemimpin Umno Sabah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

NONE Beliau berkata, mana-mana pihak juga tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana individu yang bertanding dalam pemilihan parti merupakan seorang yang "berani" memikul tanggungjawab.

"Kalau ramai dari Sabah nak buat macam mana. Dah mereka dari Sabah. Tapi mereka tetap pemimpin Umno yang bukan mewakili Sabah tetapi mewakili seluruh rakyat.

"Kalau semua dari Sabah tak apa. Yang penting tugas mereka berhadapan pilihan raya umum yang akan datang yang mewakili BN dan Umno. Saya hormati orang yang menawarkan diri untuk bertanding. Mereka berani ambil tanggungjawab. Saya hormat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri majlis rumah terbuka Biro Tatanegara (BTN) di ibu negara hari ini.

ADS