Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Kewangan mesti telus tentang faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK sehingga 70 peratus.

Jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan mengakibatkan agensi Fitch Ratings untuk menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada ‘stabil' menjadi ‘negatif'.

Fitch mempersoalkan penggunaan hutang tidak yang tidak disenarai rasmi melalui jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion.

Ia sekali gus meningkatkan jumlah keberhutangan rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung tahun 2012.

Unjuran kredit negatif Fitch terhadap Malaysia boleh memberi kesan buruk kepada negara dalam bentuk peningkatan kos untuk pinjaman selain mengakibatkan peningkatan kadar inflasi.

Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekutuan dengan tidak mengambil kira hutang-hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan.

Jika kedua-dua hutang rasmi kerajaan dan hutang yang dijamin kerajaan dikira bersama, kadar hutang kerajaan persekutuan terhadap KDNK akan mencecah 70 peratus, bukan 54 peratus seperti yang didakwa.

Malah, adalah menyalahi undang-undang dengan menetapkan takat statutori sebanyak 55 peratus sahaja.

Kebanyakkan hutang yang dijamin kerajaan ini berpunca daripada instrumen kewangan seperti pinjaman 1MDB bernilai AS$12 bilion (RM39 bilion) melalui terbitan bon.

Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih tidak tahu siapakah pihak pengurusan serta status pinjaman RM39 bilion yang dijamin oleh mereka, terutama sekali sama ada 1MDB menghasilkan sebarang keuntungan yang boleh dijadikan wang tunai.

Khabar angin bahawa 1MDB dikaitkan dengan kroni-kroni muda kepada pimpinan BN memerlukan perkiraan penuh bagi dana awam yang begitu besar berjumlah RM39.5 (hampir RM1,500) untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Demi kepentingan nasional dan demi menjulang prinsip akauntabiliti dan ketelusan, suatu kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dikeluarkan berkenaan status semasa 1MDB.

ADS