Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembangunan yang dijalankan di Jalan Alor Bukit Bintang dan Kuala Lumpur dibuat bukan khusus untuk penjaja kaum Cina sahaja.

NONE "Sayugia dinyatakan bahawa dakwaan menyatakan DBKL memberi tumpuan kepada penjaja kaum Cina sahaja tidak benar, kerana objektif utama program naiktaraf dan pengindahan ini adalah untuk menjaga imej Kuala Lumpur selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau berkata program pengindahan kawasan penjaja di jalan itu melibatkan penjaja pelbagai kaum sedia ada yang melibatkan penjaja Cina seramai 56 orang, sembilan orang Melayu dan dua penjaja India.

Ahmad Phesal mengulas gesaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) semalam yang mahu pembangunan Jalan Alor dihentikan kerana ia dibuat dalam kawasan parlimen Bukit Bintang yang dikuasai DAP.

NONE Bercakap kepada pemberita di pejabatnya petang ini, Ahmad Phesal berkata pembangunan projek yang melibatkan sebanyak RM12 juta juga bukan berasaskan pertimbangan politik kepartian

"Saya tak mahu berhujah berdasarkan politik. Kalau berhujah begitu, berapa kawasan sahaja (dalam Kuala Lumpur) boleh dibangunkan.

"Kalau saya buat pendekatan seperti itu, dia akan timbulkan keadaan yang tak kena dengan pembangunan dan perancangan Kuala Lumpur," katanya pada sidang media petang tadi.

NONE Menjawab soalan wartawan, Phesal berkata beliau sedia mempertimbangkan kemungkinan bertemu dengan IKHLAS dengan syarat persatuan penjaja itu datang dengan idea membina demi kebaikan bersama.

"Saya tidak ada masalah (kalau mahu berjumpa) tapi kalau datang dalam keadaan yang tidak ada cadangan (apa-apa) kita tak boleh buat begitu," katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan pihak DBKL akan bekerjasama dengan tujuh pemaju untuk projek Kompleks Pusat Takungan Air Pantai yang pada asalnya bertempat di Bukit Maxwell.

ADS