Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
12.5 juta lawat M'sia hingga Jun
Diterbitkan:  Sep 19, 2013 11:17 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

Malaysia menerima ketibaan 12.5 juta pelancong dari Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan 11.6 juta pelancong.

"Saya yakin masih banyak ruang untuk pertumbuhan," katanya semasa berucap pada 'Anugerah rAWr 2013 - Anugerah Kecemerlangan Acara Perniagaan," di Kuala Lumpur malam tadi.

Anugerah rAWr ialah kerjasama antara Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dan Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS) untuk mengiktiraf standard profesional, inovasi dan amalan terbaik dalam industri acara Malaysia.

Nazri berkata dengan sokongan daripada industri, Malaysia memperoleh 299 acara perniagaan dari 2010 hingga Ogos 2013, menarik 186,258 perwakilan dan menyumbang sekurang-kurangnya RM2 bilion kepada ekonomi.

MyCEB, katanya turut mengikrarkan sokongannya kepada 709 lagi acara perniagaan, membabitkan 310,054 perwakilan dan RM2.4 bilion dalam nilai ekonomi.

"Dengan lebih 1.3 juta pelawat acara perniagaan pada 2012, kami sebenarnya berada di landasan betul untuk mencapai sasaran kami sebanyak 2.9 juta pelawat acara perniagaan menjelang 2020 untuk melengkapi sasaran kementerian sebanyak 36 juta ketibaan dan RM168 bilion dalam resit pelancongan," katanya.

Nazri menyampaikan anugerah utama berupa Anugerah Menteri kepada Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad bagi prestasi cemerlang dan sumbangan beliau terhadap industri.

- Bernama

ADS