Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyiasat: Kami rasa seperti berada di negara asing

RCI SABAH Seorang penyiasat bagi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini menceritakan bagaimana mereka berasa terancam, seolah-olah sedang berada di negara asing, semasa melawat kampung air di Sabah.

Ketua pegawai penyiasat RCI, Mohd Azman Mohd Sabri berkata, contohnya ialah lawatan pasukannya ke Kampung Bangau-Bangau di Semporna.

"Kami berasa seperti tidak berada di negara kita, Kampung Bangau-Bangau seolah-olah berada di Zamboanga (Filipina) .

"Kami berrasa seperti berada di Zamboanga kerana di kawasan sekitarnya, penduduknya semuanya dari komuniti mereka," kata Azman ketika memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Beliau berkata pasukannya seramai 13 penyiasat berdepan dengan risiko keselamatan apabila memasuki kampung-kampung tersebut dan terpaksa meyakinkan penduduk di sana bahawa mereka bukan pegawai penguatkuasa.

"Kami terpaksa memberi mereka jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap, bahawa kami bukan datang untuk menguatkuasakan undang-undang,  tetapi untuk mencari fakta bagi membantu RCI.

"Mereka bersetuju, tetapi kita masih berasa terancam di sana kerana bilangan warga asing adalah banyak," kata Azman.

Beliau menambah bahawa kebanyakan mereka yang ditemubual di sana mengenalpasti diri mereka sebagai datang dari Zamboanga atau Jolo, di Filipina.

[Baca berita penuh]

ADS