Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Status quo terbaik untuk Umno, kata penyandang VP

Berdepan dengan kemungkinan menghadapi cabaran enam penjuru bagi tiga jawatan naib presiden Umno,  penyandangnya menegaskan bahawa mengekalkan status quo adalah yang terbaik demi kepentingan parti dan ahlinya.

Penyandang berkenaan - Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal - sebelumnya telah mengemukakan kertas pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini untuk mempertahankan jawatan mereka, serta menjadi pencadang untuk pencalonan masing-masing.

Apabila ditanya sama ada mengekalkan status quo berhubung kedudukan mereka adalah terbaik untuk Umno, Ahmad Zahid menjawab itulah adalah andaian umum.

Shafie pula menegaskan bahawa mereka bertiga adalah "amat selesa" bekerjasama dengan satu sama lain, telah berjaya memberi kepada Umno kemenangan mengekalkan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum lepas.

"Bagaimanapun, perasaan selesa di kalangan kami itu tidak boleh ditafsirkan kita sebagai satu pasukan. Tiada pasukan dalam Umno, "katanya.

[Baca berita penuh]

ADS